Kejutan dan Kontroversi Piala_Dunia_FIFA_2002

Kejutan demi kejutan dilakar di dalam edisi kali ini apabila Perancis naib juara edisi sebelumnya, juara Euro 2000, juara Piala Konfederasi 2001 tewas kepada Senegal 1-0 pada perlawanan pembukaan. Mereka gagal teruk di dalam kempen ini apabila tersingkir awal dan menduduki tangga tercorot peringkat kumpulan di belakang Uruguay. Sementara itu Denmark dan Senegal layak ke pusingan 16 terakhir.[5]

Korea Selatan selaku tuan rumah memulakan kempen dengan cemerlang apabila menang 2-0 keatas Poland, Taeguk Warriors yang dibimbing jurulatih asal Belanda, Guus Hiddink `mencuri perhatian ramai apabila menang keatas pasukan pilihan, mereka mengikat Amerika Syarikat 1-1 pada perlawanan kedua sebelum menang 1-0 keatas Portugis yang dibintangi ramai pemain handalan seperti Luis Figo,Rui Costa,Pauleta,Sergio Conceicao, Vitor Baia. Terlebih dahulu Portugis dimalukan 3-2 oleh Amerika Syarikat, pasukan dimana sukan bolasepak bukan sukan utama dan bintang mereka hanyalah Landon Donovan dan Brad Friedel.[6]

Argentina, satu lagi pasukan gergasi tersingkir di peringkat kumpulan setelah tumpas kepada England dan seri dengan Sweden.[7]

Jepun, pasukan yang diramalkan menjadi pasukan belasahan diperingkat kumpulan membuktikan mereka berbaloi dipilih sebagai tuan rumah apabila menjuarai peringkat kumpulan yang terdiri daripada Russia,Belgium dan Tunisia. Jepun mencatatkan kemenangan pertama mereka di kejohanan piala dunia dengan menumpaskan Russia 1-0 dan Tunisia 2-0.[8]

Pusingan kedua

Kontroversi dan Konspirasi

Pertemuan Korea Selatan dan Itali dirundung kontroversi, banyak aksi-aksi off the ball yang sepatutnya layangan kad kuning,merah diberikan tetapi tidak diambil kira oleh pengadil bertugas, Bryon Moreno pengadil dari Ecuador. Gol Emas / Golden goal jaringan Damiano Tommasi juga dibatalkan kerana offsaid, ulang semula video menunjukkan dia tidak offside. Itali bermain 10 orang apabila Francesco Totti dilayangkan kad kuning kedua kerana sengaja menjatuhkan diri dan diperintah keluar padang. Dimana sebenarnya keputusan itu silap kerana Totti benar-benar dibentes. Gol tandukan Ahn Jung Hwan memastikan Korea Selatan layak ke suku akhir buat kali pertama.[9] Ada kontroversi mengatakan Korea Selatan dikekalkan hingga ke separuh akhir untuk menjaga rating tontonan televisyen dan memastikan kehadiran penuh penyokong tuan rumah ke stadium. Kesan insiden itu, Ahn Jung Hwan yang sebelum itu menandatangani kontrak dengan kelab Serie A, Perugia telah ditamatkan kontrak. Ada mengatakan itu kerana tindak balas Itali terhadap Perugia, tetapi respon pihak kelab ialah mereka tidak mahu dia menjadi sasaran ejekan,ugutan dan diskriminasi penyokong dan media bolasepak Itali.

Suku Akhir

Korea Selatan bertemu Sepanyol di suku akhir, Sepanyol menjadi tumpuan kerana kempen cemerlang mereka setakat ini. Tetapi sekali lagi kontroversi terjadi apabila 2 gol Sepanyol yang sah dan bersih tidak diiktiraf pengadil sekaligus menguatkan konspirasi bahawa Korea Selatan perlu kekal untuk mengekalkan sokongan penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium. Gol sendiri hasil tampanan bola Kim Tae Yong menerjah ke gawang Korea yang dijaga oleh Lee Woon Jae tidak dikira atas alasan Ivan Helguera menolak dari belakang dan Ruben Baraja menarik bajunya. Begitu juga gol kedua tandukan Fernando Morientes dibatalkan kerana kononnya bola hantaran lintang Joaquin Sanchez telah terkeluar dari garisan. Tetapi rakaman ulang tayang menunjukkan sebaliknya, bola itu masih jauh dari garisan. Perlawanan 90 minit berkesudahan 0-0 dan diheret ke masa tambahan sebelum penentuan penalti dimana Korea Selatan menang 5-3, sekali lagi melakar sejarah apabila pasukan Asia pertama layak ke separuh akhir piala dunia.[10]

Kesan dari insiden itu

Edisi 2006 di Jerman, Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan. Portugis yang tewas kepada mereka, layak ke separuh akhir 2006. Itali pula menjuarai edisi itu buat kali ke-4 dan sepanyol pula memenangi piala dunia edisi 2010 di Afrika Selatan buat kali pertama. Sekaligus menguatkan teori itu. Edisi 2010, Korea berjaya melepasi peringkat kumpulan sebelum tewas kepada Uruguay di pusingan kedua manakala semasa edisi 2014, Korea Selatan pulang awal selepas tewas kepada Belgium,Algeria dan seri dengan Russia. Pencapaian layak ke separuh akhir itu belum lagi dapat disaingi mana-mana wakil Asia selepas itu.

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2002 http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mencompw... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/...